Thursday, November 28, 2013

Cerpen Futuristik


          Di pelosok Kampung Gelama,Selangor terdapat sebuah keluarga kacukan Melayu Inggeris yang baru sahaja berpindah iaitu keluarga Dato'Michael dan Datin Sheila. Mereka mempunyai 2 orang puteri yang sangat jelita dan menjadi rebutan kaum adam. Mereka ialah Maria dan Mariana. Hubungan mereka sangat akrab bagai isi dengan kuku. Mereka sekeluarga merupakan keluarga bahagia yang tinggal di sebuah rumah banglo 2 tingkat yang besar dan terbentang luas. Orang kampung menerima kedatangan keluarga Dato'Michael dan Datin Sheila dengan tangan terbuka. Dato'Michael merupakan seorang pengurus syarikat yang terbesar di bandar manakala Datin Sheila merupakan pengerusi kaum hawa di negeri Selangor. Walaupun mereka sentiasa sibuk dengan kerja tetapi mereka tidak pernah lupa untuk sentiasa membantu orang ramai dan mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anaknya.
          Pada suatu petang yang agak mendung, sedang Datin Sheila mengadakan perjumpaan bersama kaum wanita di dalam dewan serbaguna Kampung Gelama. Tiba-tiba beliau diserang serangan jantung dan meninggal semasa hendak memberi ucapan. Kehilangan Datin Sheila benar-benar membuatkan Dato'Michael dan kedua anaknya terpukul. Malahan Dato'Michael hampir sahaja mahu berputus asa dengan kerjayanya tetapi beliau mendapat sokongan padu daripada orang kampung. Sokongan ini menyedarkan akan dirinya bahawa beliau harus bangkit daripada perasaan sedih yang terus menerus membelenggu kehidupannya.
          Pada waktu yang sama, Maria dan Mariana bertengkar dan menyalahi atas satu sama lain atas pemergian ibu kesayangan mereka. Maria mengimbau kembali detik-detik bersama ibunya pada malam sebelum beliau meninggal dunia. Maria bertikam lidah dengan ibunya kerana tidak memberi kasih sayang secara sama rata. "Apa yang adik minta semua dapat tetapi apa yang Maria minta, pernahkah ibu bagi?", Maria berkata kepada ibunya dengan nada yang tidak berpuas hati. Datin Sheila berasa bersalah dengan sikapnya yang berat sebelah dalam mencurahkan kasih sayang. Beliau tidak dapat melelapkan mata pada malam itu kerana beliau terus menyalahi dirinya atas apa yang berlaku. Pada keesokan paginya, beliau terpaksa menghadiri satu perjumpaan bersama kau  m wanita. Pada saat beliau hendak memberi ucapan, tiba-tiba kejadian bersama Maria pada malam tadi bermain dalam fikirannya. Tidak lama kemudian, beliau jatuh rebah dan terus meninggal dunia kerana serangan jantung. Dalam hati kecil Maria, dia berasa menyesal akan perbuatannya pada malam itu. Namun Maria tidak mahu kalah dengan adiknya dan terus bertikam lidah sehingga berlaku permusuhan antara mereka berdua. Mariana sudah tidak sanggup menahan lagi dengan sikap kakaknya yang tidak berhenyi-henti menyalahi akan dirinya atas pemergian ibu mereka. "Sudahlah kak, kakak kalau tidak suka saya berada dalam rumah ini, saya boleh keluar sekarang juga", kata Mariana kepada kakaknya. Langsung tidak terlintas dalam fikiran Maria bahawa adiknya akan berkata seperti itu kepadanya. Dalam hati Maria, dia tidak mahu kehilangan adiknya tetapi kerana keegoannya yang tinggi, dia sanggup membiarkan adiknya pergi. Mariana sangat kecewa akan sikap kakaknya yang telah berubah dalam sekelip mata sahaja. Tanpa berfikir panjang, Mariana menuju ke biliknya bagi mengemas pakaiannya. Selang beberapa minit kemudian, dia keluar dengan membawa sebuah bagasi yang besar. Sebelum menjejakkan kakinya keluar daripada rumah, dia berjumpa dengan Maria kerana ingin meminta keizinannya untuk pergi selama-lamanya. Mariana menghulurkan tangannya tetapi malangnya Maria langsung tidak menyambut huluran salam daripada adiknya buat kali terakhir. "Tidak mengapalah kak, adik tahu mesti kakak benci sangat akan adik. Kirim salam adik pada abah dan tolong sampaikan surat ini kepada abah", pesan Mariana kepada kakaknya. Selepas itu, Mariana mengheret bagasinya keluar daripada rumah. Tanpa disedari air matanya menitis kerana terlalu berat baginya hendak meninggalkan rumah yang selama ini memberi kenangan indah dalam kehidupannya.
          Setelah itu, Mariana berjalan sambil membawa bagasinya menuju ke perhentian bas yang berdekatan. Dia berfikir sejenak "Di manalah aku hendak tinggal buat sementara waktu ini, siapalah hamba Allah yang sanggup memberiku tempat perlindungan untuk aku berlindung". Bas yang dinaiki olehnya membawa dirinya ke bandar Kuala Lumpur. Setibanya dia di bandar, dia sudah membuat perancangan yang rapi untuk perjalanan hidupnya. Sebelum memulakan apa-apa, dia ingin mencari suatu pekerjaan yang tetap bagi memastikan kelangsungan kehidupannya selepas ini tanpa bergantung pada ayahnya lagi. Dia sudah besar dan sudah tiba masanya untuk dia belajar berdikari. Dia juga mahu membuktikan kepada ayahnya bahawa dia juga boleh berjaya seperti anak-anak yang lain. Sedang Mariana berjalan di sekitar bandar bagi mencari pekerjaan yang sesuai dengan dirinya, tiba-tiba dia berjumpa dengan kawan lamanya iaitu, Amira Atrisyia. Mereka bersahabat baik sejak di bangku sekolah lagi. Amira sekarang bekerja sebagai seorang pegawai pemasaran di sebuah syarikat yang ternama. Mariana sangat kagum akan kejayaan yang dikecapi oleh kawannya lalu dia mengelamun dan fikirannya melayang entah ke mana. Pertanyaan Amira yang bertubi-tubi menyerang dirinya membuatkan lamunannya terhenti. "Kau buat apa di sini?", tanya Amira kepada Mariana. Tanpa membuang waktu, Mariana menyatakan hasratnya yang sedang mencari pekerjaan yang sesuai dengan dirinya. "Kebetulan sekali syarikat aku sekarang memerlukan seorang pekerja yang berbakat dalam melukis pelan-pelan bangunan. Lagipun aku memang yakin dengan bakat melukis kau sejak sekolah rendah lagi", jawab Amira. Mariana berfikir sejenak samada mahu menerima atau tidak. "Tidak apalah, kau fikir-fikirkanlah dulu. Kalau kau rasa nak tawaran kerja ini, datang ke syarikat yang terletak di tengah bandar itu esok pagi", Amira memberitahu Mariana sambil menuding jarinya ke syarikat tempat kerjanya. Mariana hanya mengangguk tanda setuju. "Aku nak minta tolong sikit boleh tak?", Mariana bertanya. Amira tersenyum dan menjawab "Apa dia, untuk kau aq sanggup tolong, kau cakap je nak apa". "Kau tahu tak rumah sewa yang murah di sini? Aku bercadang hendak tinggal di sini untuk sementara waktu", jawab Mariana dengan harapan Amira dapat membantunya sekali lagi. "Rumah sewa? Aku kan ada rumah, kau tinggal sahaja dengan aku. Lagipun aku tinggal seorang di rumah tu", Amira menjawab dengan senang hati. Mariana berasa segan dengan pelawaan kawannya itu lalu Amira berkata lagi "Aku di rumah tiada kawan yang hendak aku berkongsi cerita. Balik-balik aku kena menghadap anak patung 'Hello Kitty' kesayangan aku tu".Mariana tersenyum dan bersuara "Okay, kalau macam itu biar aku sahajalah yang menggantikan tempat anak patung kau tu ye".
          Sebelum mereka ke rumah Amira , mereka singgah sekejap di Restoran Rasa Sayang bagi mengisi kekosongan dalam perut. Setelah itu, mereka menaiki kereta ke rumah Amira di Taman Desa. Tidak berapa lama kemudian, mereka tiba di hadapan rumah sewa Amira. Amira segera menunjukkan arah ke bilik Mariana. Mariana melihat sekeliling biliknya dan meletakkan bagasinya di suatu sudut di dalam bilik. "Maaflah kalau bilik ini tidak sebesar bilik di rumah kau", Amira berkata dengan rasa rendah dirinya. Mariana cepat-cepat membalas "Tidak apalah, aku suka sangat dengan bilik ini walaupun kecil tetapi nampak cantik dan selesa". Amira berasa gembira dan lega selepas mendengar jawapan daripada kawannya itu. "Kau berehatlah dulu, aku kena balik ke tempat kerja aku semula. Malam nanti kita berbual, okay?", Amira berkata kepada Mariana. Selepas melihat Amira berlalu pergi, Mariana memandang jam di tangannya dan waktu tepat menunjukkan jam 2 petang. Dia segera mengangkat wuduk dan mendirikan solat Zohor. Dia bermohon kehadrat Ilahi agar urusannya dipermudahkan dan dia tidak lupa juga berdoa untuk kedua ibu bapanya serta kakaknya, Maria. Setelah itu,dia melipat kain telekungnya dan sajjadah dengan kemas. Dia kemudiannya baring di atas katil dan tanpa disedari matanya terlelap kerana terlampau penat. Dalam mimpinya, dia telah menyelam pada tahun 2035 di mana Malaysia sudah menjadi sebuah negara metropolitan yang hanya menggunakan sains dan teknologi. Selain itu, bangunan-bangunan pencakar langit semakin banyak. Tiada lagi kenderaan yang menggunakan petroleum sebagai sumber kuasa. Semua kenderaan hanya menggunakan kuasa elektrik dan tenaga solar bagi menggerakkan kenderaan. Justeru, penggunaan ini sememangnya dapat mengurangkan pencemaran udara, air dan bunyi. Masalah rumah setinggan yang acap kali menyusahkan penduduk setempat tiada lagi wujud pada zaman ini. Di dalam rumah pula, kesemua peralatan dan perkakas menggunakan elektrik dan tenaga solar juga sebagai sumber tenaga. Tiba-tiba mimpi Mariana terpadam dan dia terus bangkit dari tidurnya akibat dikejutkan oleh bunyi bising peralatan dapur. Dia segera berlari kearah dapur bagi melihat apa yang sedang berlaku. Alangkah terkejutnya Mariana melihat kawannya, Amira sedang memasak mee segera. "Eh, dah bangun dah? Ini mesti sebab aku kan", Amira berkata sambil bergelak kecil.
          Pada malam itu, Mariana memberitahu Amira bahawa dia hendak bekerja di syarikat tersebut. "Baguslah keputusan kau tu, mesti syarikat aku tu lebih maju berbanding sekarang", Amira berkata sambil melemparkan senyuman kearah Mariana. Pada malam itu, mereka tidur dengan nyenyak. Pada masa yang sama, Dato'Michael baru sahaja pulang ke rumah. Dia berasa sangat letih dan membiarkan dirinya baring di atas sofa di ruang tamu. Seperti hari-hari biasa, sudah menjadi kebiasaannya dia akan memanggil puterinya, Mariana tetapi pada kali ini tiada sahutan yang menyambut panggilannya itu. Fikirannya dihimpit dengan 1001 pertanyaan kerana setiap panggilannya pasti akan ada sahutan. Oleh sebab perasaan risau yang membuak-buak dalam dirinya, dia bangun lalu mencari puterinya di dalam setiap bilik.Tiba-tiba dia berjumpa salah seorang puterinya, Maria di dalam bilik tidurnya. Dia berasa hairan mengapa Maria menangis sambil memegang foto Datin Sheila dan adiknya, Mariana. Dato'Michael mendekati Maria dan memeluknya. Dalam dakapan abahnya, Maria bersuara "Maafkan Maria, abah. Semua ini salah Maria. Ibu dan adik pergi semua berpunca daripada Maria", Maria berkata sambil menangis teresak-esak. Dato'Michael berasa hairan mengapa Maria berkata seperti itu lalu dia meminta penjelasan daripada anaknya itu. "Abah, adik telah pergi dan dia meminta Maria untuk kirimkan surat ini pada abah", Maria berkata sambil mengeluarkan surat daripada poket seluarnya dan memberi kepada ayahnya. Dato'Michael mengambil surat itu lalu membukanya bagi mengetahui perkara sebenar yang sedang berlaku. "Abah, Mariana minta maaf kalau buat keputusan macam ini. Mariana hanya mahu belajar berdikari sahaja, harap abah tidak kisah. Suatu hari nanti, Mariana akan balik dengan membawa kejayaan. Abah janganlah risau , Mariana akan jaga diri baik-baik. Mariana juga akan sentiasa doakan yang terbaik untuk abah dan kakak", Dato'Michael membaca surat daripada puterinya, Mariana dan air matanya menitis. Maria memandang ayahnya dan berkata "Abah tidak marah akan Maria ke?". Dato'Michael memandang Maria dan membalas "Tidak adalah, Maria tidak bersalah dalam hal ini. Lagipun adik kau yang buat keputusan seperti ini". Dia bangun dan meninggalkan Maria dalam keadaan serba salah. "Dahlah, kamu pergilah masuk tidur. Abah nak ambil angin di luar sekejap", pesan Dato'Michael kepada anaknya.
          Pada keesokan paginya, Mariana dan Amira bersarapan nasi goreng bersama kemudian pergi ke tempat kerja. Setibanya mereka di syarikat tersebut, Amira meninggalkan Mariana untuk ditemu duga dan mengucapkan selamat kepadanya. Mariana berdiri di hadapan pintu bilik pengurus syarikat dengan perasaan yang berdebar-debar sambil membawa beberapa fail penting berkaitan prestasi dirinya. Sebelum memulakan langkahnya, sudah menjadi kebiasaan Mariana untuk membaca basmalah terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa agar urusannya dipermudahkan oleh yang Maha Esa. Setelah itu, dia mengetuk pintu bilik itu. Kemudian terdengar satu suara yang nayring dari dalam bilik memintanya untuk masuk. Mariana melangkah masuk sambil memberi reaksi muka yang gembira. Encik Nizam, pengurus syarikat itu memandang kearah Mariana dan mempersilakannya untuk duduk. Setelah duduk dengan selesa, Mariana menghulurkan fail peribadinya kepada Encik Nizam. Encik Nizam membuka fail tersebut bagi melihat prestasi Mariana. Selang beberapa minit kemudian, dia menutup fail yang telah disemak dan mengenepikannya lalu dia mengucapkan selamat datang kepada Mariana. "Anda akan bekerja sebagai pegawai pelan pembangunan", Encik Nizam memberitahu Mariana. Mariana tersenyum riang dan mengucapkan terima kasih kepada Encik Nizam kerana sudi untuk menerimanya bekerja. Tanpa diminta, Mariana bangun dan meminta izin untuk beredar ke biliknya agar dia boleh memulakan kerjanya.
          Sesampainya Mariana di biliknya, dia terdiam sejenak kerana kagum akan kebesaran dan keindahan biliknya itu. Terdapat sofa, televisyen dan juga pendingin hawa. Mariana bertekad hendak mengubah Malaysia menjadi sebuah negara metropolitan pada masa akan datang. Setelah itu, Mariana duduk di tempatnya dan memulakan lakaran bangunan. Dia melakar bangunan yang dia bermimpi pada malam tadi. Beberapa jam kemudian, Encik Nizam masuk ke bilik Mariana bagi memantau perkembangannya. Alangkah terkejutnya dia melihat hasil lakaran pekerja barunya yang sangat mengagumkan. Bermula detik itu, Encik Nizam mengenali Mariana sebagai seorang yang berimaginasi tinggi dan berpandangan jauh demi kemajuan negara. "Kalau macam inilah usaha awak, saya yakin suatu hari nanti Malysia akan membangun seperti yang awak harapkan", Encik Nizam berkata. Mariana tersipu malu dengan pujian Encik Nizam. "Awak teruskanlah dengan lakaran awak sebab saya kena pergi sekarang", Encik Nizam meminta diri untuk keluar. Setiap hari ada sahaja idea baru yang mencurah-curah daripada Mariana. Pelbagai lakaran bangunan telah dia lakar. Encik Nizam juga tidak putus-putus sentiasa memberi sokongan kepada Mariana dengan melihat hasil lakarannya yang sungguh menakjubkan.
          Dalam pada itu, Puan Misha, isteri Encik Nizam berasa cemburu dengan hubungan rapat suaminya dengan pekerja baru, Mariana. Dia sering mendapat maklumat daripada setiausaha Encik Nizam yang sentiasa memerhati gerak-geri Encik Nizam di syarikat, Pada suatu petang, Puan Misha datang ke syarikat milik suaminya untuk berjumpa dengan Mariana bagi mengetahui hubungan sebenar antara dia dan suaminya, Encik Nizam. Tindakan Puan Misha yang menggeledah masuk ke bilik Mariana tanpa memberi salam membuatkan dirinya berasa hairan dan cemas. Pelbagai persoalan berkeliaran di dalam fikiran Mariana. Tiba-tiba Puan Misha memarahinya "Kau ini kenapa ah perempuan! Kau tahukan Nizam itu suami aku. Kau jangan berani nak dekat dengannya lagi kalau tidak, siaplah kau aku kerjakan". Mariana berasa hairan dan membalas dengan tenang "Puan, puan janganlah salah faham. Saya dan Encik Nizam tidak menjalinkan apa-apa hubungan. Kami hanya menjalankan tugas sahaja. Puan pun tahukan, saya masih baru di sini, jadi saya memerlukan tunjuk ajar pekerja-pekerja yang sudah lama berkhidmat di bawah syarikat ini". Puan Misha hanya memandang sinis kearah Mariana seolah-olah Mariana merupakan saingan hebat baginya. Tanpa berkata apa-apa, Puan Misha terus keluar dari bilik Mariana dengan perasaan yang berbaur benci.
          Pada malam itu, Encik Nizam dan Puan Misha bergaduh besar hanya kerana tindakan Puan Misha yang tidak profesional. "Apa masalah awak ini sebenarnya? Yang awak pergi serang budak tak bersalah itu kenapa?", Encik Nizam menegur sikap Puan Misha. Puan Misha tersentap akan tindakan suaminya dan berkata "Abang, saya minta maaf. Saya menyesal akan perbuatan saya siang tadi. Saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi". Encik Nizam tidak berkata apa-apa dan terus melangkah masuk ke dalam bilik lalu menghempas pintu bilik dengan kuat. Puan Misha terkejut dengan hempasan tersebut. Dia kini berdendam dengan Mariana kerana belum pernah lagi Encik Nizam melayannya sebegitu rupa. "Kau tunggulah perempuan, aku akan membalas dendam", bisik Puan Misha di dalam hati.
          Pada keesokan harinya, Mariana pergi ke tempat kerja bersama kawan baiknya, Amira. Alangkah terkejutnya Mariana melihat meja kerjanya yang berselerakan dengan kertas-kertas dan kesemua lakaran pelan bangunan yang dilakarnya koyak-rabak. Mariana duduk di suatu sudut di dalam biliknya sambil memeluk lututnya. Tidak berapa lama kemudian, Encik Nizam masuk ke dalam bilik Mariana. "Astagfirullahalazim", Encik Nizam terkesima sebentar dengan apa yang dilihatnya. Encik Nizam cepat-cepat mendapatkan Mariana bagi menenangkannya. Dia tahu bahawa Mariana pasti bersedih hati dengan apa yang berlaku. "Bersabarlah, ini semua ujian Allah. Pasti ada hikmah disebalik semua ini", Encik Nizam berkata. Di dalam fikiran Encik Nizam sudah dapat agak siapa pelakunya lalu dia bergegas pulang ke rumah dan berjumpa dengan isterinya. "Awak benar-benar sudah melampau! Sanggup awak buat macam ini pada budak itu. Saya tidak pernah menyangka awak seperti ini rupanya. Mana Misha yang saya kenal dahulu?", Encik Nizam membentak Puan Misha sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Puan Misha yang sedang menonton televisyen berasa terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan keatas dirinya. "Apa abang cakapkan ini? Saya langsung tidak fahamlah. Semalamkan saya sudah berjanji dengan abang , tidak akan menggangu budak itu lagi", Puan Misha memberi penjelasan panjang lebar. Encik Nizam terdiam sejenak dan bermonolog "Kalau bukan Misha yang buat, siapa lagi?". Encik Nizam tidak berputus asa lalu dia mengambil langkah yang seterusnya iaitu membuat laporan polis.
          Pihak polis mendapatkan keterangan daripada Mariana dan Encik Nizam. Setelah selesai, Encik Nizam menghantar Mariana pulang ke rumah dan memberitahunya supaya berehat secukupnya dan tidak perlu fikirkan lagi kerana pihak polis akan menyiasat. Ternyata siasatan pihak polis tidak memakan masa yang lama kerana seminggu selepas itu, pesalah telah tertangkap dan dipenjarakan. Menurut siasatan pihak polis, pelaku merupakan orang luar yang diupah oleh seseorang untuk mensabotaj syarikat Encik Nizam. "Dalang dalam kejadian ini ialah Puan Misha binti Osman, Encik Nizam kenal tak?", tanya seorang pegawai polis kepada Encik Nizam. Encik Nizam terdiam seketika dan merasakan dirinya tidak dapat bernafas lagi kerana suspek yang dikehendaki oleh pihak polis berada di luar kotak fikirannya. Walau bagaimanapun, Encik Nizam membantu pihak polis dengan memberitahu keberadaan suspek. Setelah selesai, Encik Nizam dan Mariana boleh menarik nafas dengan lega kerana masalah yang membelenggu kehidupan mereka selama seminggu telah pun lenyap. Mariana melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi.
          Pada masa yang sama, kerja-kerja pembinaan bangunan masih diteruskan. Bangunan yang dibina berdasarkan idea Mariana yang sangat luar biasa. Pada tahun 2035, semakin banyak bangunan pencakar langit dan pelbagai gajet-gajet baru yang diperkenalkan seiring dengan arus kemajuan negara. Kebanyakan gajet yang diperkenalkan sangat canggih dari segi kegunaannya yang pelbagai dan tidak menjejaskan penduduk bumi. Mariana berasa sangat bangga akan apa yang disumbangkan olehnya kepada negara tercinta. Tiba-tiba terlintas di dalam fikirannya hendak pulang ke rumah di Kampung Gelama, Selangor.
          Sesampainya dia di hadapan rumah, dia melihat rumah banglo yang pernah dia tinggalkan beberapa tahun dahulu sudah usang dan penuh dengan semak-samun. Betapa patah hatinya melihat keadaan rumah kesayangannya itu. Mariana rebah di hadapan rumah itu lalu air matanya menitis tanpa henti. Tiba-tiba seorang perempuan yang sangat cantik datang bersama bayinya dalam dukungan. Perempuan tersebut mendekati Mariana yang sedang menangis lalu memeluknya dengan erat. Mariana memandang perempuan tersebut dengan pandangan yang pelik. "Mariana, ini kakaklah. Kau pergi mana dik selama ini? Penat kakak dan abah mencari engkau", Maria berkata sambil memeluk Mariana yang masih berada dalam keadaan terkesima. Mariana bersuara dan bertanya "Kak, abah mana?". Maria memberi reaksi muka yang sedih dan berkata "Abah dah lama pergi dik, 2 tahun lepas abah meninggalkan kita tetapi dia ada tinggalkan sepucuk surat untuk adik". Maria terus mengeluarkan surat tersebut daripada poket dan memberi kepada Mariana. Mariana membuka surat tersebut dengan perasaan sebak. Kemudian dia membaca kandungan surat itu di dalam hati "Mariana, anak kesayangan abah. Abah sangat bangga akan kejayaan kamu, nak. Kamu berjaya buktikan pada abah yang kamu boleh belajar berdikari dan mencapai kejayaan tanpa mengharapkan bantuan abah. Abah berasa sangat beruntung mempunyai anak yang hebat seperti kamu. Kamu telah berjaya memajukan negara seperti yang kamu inginkan selama ini. Oleh itu, janganlah kamu bersedih dengan pemergian abah. Allah lebih menyayangi abah. Abah sangat sayang akan kamu nak, dan abah telah menghalalkan segala makan dan minum kamu. Abah juga telah memaafkan segala kesalahan yang telah kamu lakukan. Akhir sekali, semoga berjaya dalam mengharungi pancaroba kehidupan, puteri yang abah sayang, Mariana". Perasaan sebak Mariana semakin menghimpit dirinya setelah membaca surat daripada arwah ayahnya. Dia melipat semula surat itu dan menyimpannya.
          Beberapa tahun kemudian, Mariana telah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka yang berjaya meraih hatinya. Mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata yang cerdik dan sempurna sifatnya. Mereka tidak henti-henti melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas rezeki yang melimpah ruah keatas mereka selepas mendirikan rumah tangga. Mariana berasa sangat gembira dengan kehidupannya sekarang dan dia percaya bahawa ini semua berkat doa arwah kedua ibu bapanya, Dato'Michael dan Datin Sheila.

Tuesday, November 19, 2013

Sajak Kemanusiaan

Di sini ku dilahirkan
Di atas bumi yang penuh kehijauan
Berbumbungkan langit yang tersergam indah
Nikmat kurniaan Ilahi yang tidak terhingga

Di sini lahirlah
Pelbagai kerenah dan ragam manusia
Yang berbeza bangsa dan agama
Namun mereka tetap bersatu

Di sini juga lahirlah
Masyarakat yang tidak mengenal erti kesyukuran
Keislaman dikurniakan sejak lahir
Tetapi
Langsung tidak mengormati kurniaan tersebut
Di manakah letaknya agama tersebut ?

Di sini juga
Berlakunya pelbagai masalah sosial
Antara kaum adam dan hawa
Berpegangan tangan tanpa rasa malu
Azab neraka menanti buat mereka
Pada hari akhirat kelak

Sebagai umat yang takut kepada Tuhan
Berbuat baiklah sesama manusia
Sentiasa bersangka baik
Dan melaksanakan perintah agama
Nikmat dan kemanisan akan dirasa
Pada hari akhirat kelak
InsyaAllah